Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Wednesday, June 25, 2014

Jangan lupa - JUMAAT 27.6.2014 bersama KIYAI AHMAD JAMHURI AL BANJARI AL MAKKI - di TAALIM ASYAIIRAH - Sebarkan!

KIYAI AHMAD JAMHURI - program di Kedah 27 .6.2014 - TAALIM ASYAIRAH Ayer Hitam


 Dengan segala hormatnya saya HELMI ASSYAFIE - TAALIM ASYAIRAH Ayer Hitam
 menjemput seluruh tuan guru alim ulama, ustaz ustazah , Dato Datin , Muhibbin ke majlis
 AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
 bersama TOKOH ULAMA MAKKAH
 orang lama mengajar di Makkah KIYAI AHMAD JAMHURI AL BANJARI AL MAKKI
 pengarang qasidah jalaliyah

27 .6.2014- JUMAAT
DI TAALIM ASYAIRAH , KM 19 Kampun Tempayan Pecah , Jalan Alor Setar Perlis
Ayer Hitam ( 600 M sebelum pekan Ayer Hitam , tepi jalan utama )

SEBARKAN
DATANG RAMAI -RAMAI TUMPANG BARAKAH ULAMA
HAYATI KEGEMBIRAAN MENYAMBUT RAMADHAN MUBARAK !!!

Bersama kumpulan QASIDAH ANWAEUL MUSTHOFA - IPDA JITRA

PERLU SUMBANGAN RAMADHAN - TAALIM ASYAIIRAH

Sumbangan Ramadhan untuk Taalim Asyairah


ALHAMDULILLAH
Rezeki ALLAH SWT kepada Taalim Asyairah
Taalim Asyaiirah mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang
sumbangan kali ini untuk pembesar suara
kami perlukan dana untuk:
- Beli kipas angin untuk ruang solat dan ruang kuliah
- Memasang permaidani solat di ruang solat dan kuliah
- Membina kolah / tempat whuduk
- Membantu pelajar miskin ( anak angkat taalim asyairah )
- Memerlukan RM 1500 sebulan untuk bayar bangunan Taalim Asyairah

Sumbangan boleh diberi terus dengan cara datang ke Taalim Asyaiirah 
Ayer Hitam  
Hubungi :
013 4044259 
0196782172
0135043391


Akaun rasmi MAYBANK : Taalim Asyaiirah : 552095214534

Taalim Asyairah akan menjalankan program Ihya Ramadhan 
bermula 1 - 27 Ramadhan 1435 ( 2014) 

Kelas pengajian 
8 - 10 pagi ( Tauhid )
10.30 - 12 tengahari ( Tasauf ) 
3.30 - 4.30 petang ( sirah )
5.30- 6.30 petang ( Tauhid ) 

Buka puasa berjemaah 
dan sahur berjemaah 

Terbuka kepada muslimin muslimat - daftar segera !

Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah - AL FATIHAH

Kenangan bersama Habib Kazim Al Saqqaf di Kedah

الحبيب كاظم السقاف Al-Habib Kazim Al-Saqqaf - Kenangan dakwah di Kedah dan Perlis 16- 17 Jun 2014






KENANGAN DAKWAH HABIB KAZIM 
AL SAQQAF 
DI KEDAH PERLIS 
16 - 17 JUN 2014H

الحبيب كاظم السقاف

 ZIARAH DAKWAH HABIB KAZIM ASSAGAF DI KEDAH DAN PERLIS
16 - 17 JUN 2014 DALAM KENANGAN

Dakwah di MATIN PERLIS
17.6.2014












PROGRAM DI DARUL HADIS KEDAH 


SANTAI BERSAMA HABIB KAZIM




Sunday, June 15, 2014

Kiyai Ahmad Jamhuri Makkah akan hadir di Taalim Asyairah Ayer Hitam bersama ummah Kedah 27 .6.2014 - Sebarkan

Kiyai Ahmad Jamhuri Makkah akan hadir di Taalim Asyairah Ayer Hitam bersama ummah Kedah  
27 .6.2014 - Sebarkan 
Jom pakat hadir majlis ulama tua yang lama mengajar di Makkah , ceramah diambang Ramadhan 
moga Allah beri barokah untuk kita bersama .



Tuesday, June 10, 2014

Tak mahu sekolah pondok pupus- Sinar Harian ( TAALIM ASYAI'RAH )

http://www.sinarharian.com.my/tak-mahu-sekolah-pondok-pupus-1.288332
(Sumber Sinar Harian ) 


AYER HITAM - KEDAH. Usianya muda, namun impiannya murni untuk membuka sebuah pusat pengajian bersistem pondok untuk berdakwah.


Muhammad Faidizul Helmi Raidzain, 27, terus bertekad menubuhkan Pusat Pengajian Ta’alim Asyairah (Asyairah) di Kilometer 19, Kampung Tempayan Pecah, di sini.

Dia mahu mengembangkan dakwah Islamiah berbekalkan ilmu pengetahuan diperoleh dari tokoh ulama terkenal di Sik, dekat sini dan Pattani, Selatan Thailand.

Muhammad Faidizul berkata, dia bertuah apabila diberi kepercayaan oleh pemilik tanah yang mewakafkan tanah untuk pembinaan bangunan pusat pengajian itu.

“Kini, sudah lebih tiga bulan pusat pengajian bersistem pondok beroperasi, yang mana pelajar diajarkan ilmu fardu ain, al-Quran, tauhid, kuliah agama, nahu dan fikah.

“Malah, pusat pengajian ini menawarkan aktiviti kemasyarakatan dan kursus, antaranya seperti sembelihan, haji dan umrah, kursus perkahwinan serta pengurusan jenazah,” katanya.
Penyambung legasi pondok

Katanya, dia berhasrat mewarisi kesinambungan generasi pondok agar tidak pupus ditelan dek arus pembangunan semasa.

“Saya terdetik memikirkan, sekiranya anak muda seperti saya ini tidak mengambil inisiatif sebegini. Ada kemungkinannya sistem pondok pupus,” katanya kepada Sinar Harian.


Tabah tempuhi cabaran

Meskipun katanya, dia berdepan kekangan terutamanya dari segi kewangan, namun dirinya tabah atas dorongan isteri, NurFaizah Hussain Shokri, 25, dan dua anaknya berusia dua tahun dan lapan bulan.

Dalam usaha menyabung legasi institusi pondok berkenaan, katanya, dia cuba mengusahakan pusat pengajian tanpa bantuan modal dari sesiapapun.

Katanya, dia cuba mengatasi beberapa kekurangan prasarana seperti bilik pengajian, bilik wuduk, dewan makan dan kitab al-Quran demi keselesaan dan kemudahan pelajar pusat pengajian berkenaan.

Justeru, katanya, mereka mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak untuk pembangunan pusat pengajian berkenaan.

Bagi sesiapa berhasrat menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Maybank atas nama Taalim Asyairah (552095214534) ataupun menghubungi dirinya di talian (013-4044259).