Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Tuesday, June 10, 2014

Tak mahu sekolah pondok pupus- Sinar Harian ( TAALIM ASYAI'RAH )

http://www.sinarharian.com.my/tak-mahu-sekolah-pondok-pupus-1.288332
(Sumber Sinar Harian ) 


AYER HITAM - KEDAH. Usianya muda, namun impiannya murni untuk membuka sebuah pusat pengajian bersistem pondok untuk berdakwah.


Muhammad Faidizul Helmi Raidzain, 27, terus bertekad menubuhkan Pusat Pengajian Ta’alim Asyairah (Asyairah) di Kilometer 19, Kampung Tempayan Pecah, di sini.

Dia mahu mengembangkan dakwah Islamiah berbekalkan ilmu pengetahuan diperoleh dari tokoh ulama terkenal di Sik, dekat sini dan Pattani, Selatan Thailand.

Muhammad Faidizul berkata, dia bertuah apabila diberi kepercayaan oleh pemilik tanah yang mewakafkan tanah untuk pembinaan bangunan pusat pengajian itu.

“Kini, sudah lebih tiga bulan pusat pengajian bersistem pondok beroperasi, yang mana pelajar diajarkan ilmu fardu ain, al-Quran, tauhid, kuliah agama, nahu dan fikah.

“Malah, pusat pengajian ini menawarkan aktiviti kemasyarakatan dan kursus, antaranya seperti sembelihan, haji dan umrah, kursus perkahwinan serta pengurusan jenazah,” katanya.
Penyambung legasi pondok

Katanya, dia berhasrat mewarisi kesinambungan generasi pondok agar tidak pupus ditelan dek arus pembangunan semasa.

“Saya terdetik memikirkan, sekiranya anak muda seperti saya ini tidak mengambil inisiatif sebegini. Ada kemungkinannya sistem pondok pupus,” katanya kepada Sinar Harian.


Tabah tempuhi cabaran

Meskipun katanya, dia berdepan kekangan terutamanya dari segi kewangan, namun dirinya tabah atas dorongan isteri, NurFaizah Hussain Shokri, 25, dan dua anaknya berusia dua tahun dan lapan bulan.

Dalam usaha menyabung legasi institusi pondok berkenaan, katanya, dia cuba mengusahakan pusat pengajian tanpa bantuan modal dari sesiapapun.

Katanya, dia cuba mengatasi beberapa kekurangan prasarana seperti bilik pengajian, bilik wuduk, dewan makan dan kitab al-Quran demi keselesaan dan kemudahan pelajar pusat pengajian berkenaan.

Justeru, katanya, mereka mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak untuk pembangunan pusat pengajian berkenaan.

Bagi sesiapa berhasrat menyalurkan sumbangan boleh melakukannya melalui akaun Maybank atas nama Taalim Asyairah (552095214534) ataupun menghubungi dirinya di talian (013-4044259).





No comments:

Post a Comment