Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Himpunan Ulama Pondok Nusantara di Taalim Asyairah 28 mei 2014

Wednesday, April 23, 2014

Habib Ahmad Bin Hussin Al Aidid Yaman - dakwah di Kedah 28 April 2014


HABIB AHMAD BIN HUSSIN AL AIDID
HADHRAMAUT YAMAN

DAKWAH DI KEDAH 28 APRIL 2014

TEMPAT : MASJID AL HUDA , TG TELOK JAMAT
MUKIM TUALANG

SEBARKAN KEPADA MUHIBBIN
DAN JOM TURUN !!!

Saturday, April 19, 2014

Program Pusat Pengajian Sistem Pondok Asyairah Ayer Hitam Jerlun Kedah - Bulan April dan Mei

Program Pusat Taalim Asyairah bulan April dan Mei 2014

1. Kini Pusat pengajian kami telah memulakan pengajian terbuka kepada muslimin muslimat
setiap hari bermula dari pagi hingga malam - bacaan kitab
Majlis pengajian terbuka kepada masyarakat umum dan tiada had umur ditetapkan
Penyertaan boleh bila bila masa sahaja sepanjang tahun

2. Program Maulid Akbar bersma Habib Najamuddin pada 10.5.2014

3. Program Himpunan Ulama Thurath bersama Ummah / Masyarakat sempena sambutan Israq Mikraj  pada 28.5.2014

4. PROGRAM CUTI SEKOLAH
terbuka kepada anak anak cuti sekolah - usia 12 tahun ke atas bermula 28 .5.2014 hingga 10.6.2014
RM 200 termasuk makan minum dan tempat tinggal

Berminat sila hubungi : 013 4044259 atau 013 2784899
atau 017 5272706


SELURUH MUSLIMIN MUSLIMAT , MUHIBBIN, DAN PEJUANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TOLONG DOAKAN KEJAYAA ATAS USHA INI. DOA TUAN PUAN AMAT AMAT DIPERLUKAN, TOLONG DOAKAN KEJAYAAN PUSAT PENGAJIAN TAALIM ASYAIRAH AYER HITAM JERLUN BERJAYA DALAM MEDAN DAKWAH DAN PERJUANGAN AHLI SUNNAH . SUMBANGAN DAN SOKONGAN AMAT DIPERLUKAN DARI SELURUH UMMAH AHLI SUNNAH


Ijtima Ulama Pondok Kelantan

Penghulu Istighfar

Penghulu Istighfar

Telah berkata Sayyidunal Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu didalam kitabnya ( Ma’arij Al-Hidayah ) :

Dan diantara istighfar yang masyhur yang diriwayatkan daripada Baginda Nabi Muhammad ﷺ, Adapun Baginda ﷺ bersabda : (( “Barangsiapa yang mengucapkan : أستغفرالله الذي لا إله الا هو الرحمن الرحيم الحي القيوم الذي لا يموت وأتوب إليه، رب اغفرلي (sebanyak 25 kali) selepas Subuh dan selepas Asar, Dia tidak akan melihat pada dirinya, pada ahli keluarganya, pada rumahnya, dan pada negerinya apa-apa yang dibenci oleh dirinya. ))

Berkata Sayyiduna Al-Imam Asy-Syeikh Ali bin Abi Bakar As-Sakran RadiyaAllahu ‘Anhu :
Maka dituntut keatas kita untuk sentiasa melazimi istighfar ini pagi dan petang. Adapun para masyaikh kami mewasiatkan agar beramal dengan istighfar ini dikalangan mereka dan begitu juga mereka mewasiatkan para pelajar mereka supaya beramal dengan istighfar ini.

Kenangan bersama Habib Najmuddin - Habib akan turun di Taalim Asyairah 10.5.2014 doakan

Habib Najamuddin Dakwah di Kedah setiap bulan minggu ke dua.


HABIB NAJMUDDIN 
akan dakwah Turun Kedah 
setiap bulan minggu ke dua 
INSYA ALLAH bulan 5 ini Habib Najmuddin akan turun Kedah pada 9 .5.2014 
Atucara : 
5.00 Petang di Mahad Al Munir Bukit Pinang kuliah khusus Manhaj Balawi 
Kuliah Maghrib 9.5.2014 Jumaat di Masjid Al Bukhari 
10.5.2014 Pagi jam 10 hingga 11 pagi di Kompleks Darul Hadis Tok Keling 
dan 10.5.2014 Maghrib MAJLIS MAHABBAH RASUL di PUSAT PENGAJIAN AT TAALIM ASYA'IRAH AYER HITAM JERLUN KEDAH 
INSYA ALLAH sebarkan dan doakan !

Biografi Allahyarham Syeikh Abdul Aziz bin Syafi`i al-Fathoni


Biografi Allahyarham Syeikh Abdul Aziz bin Syafi`i al-Fathoni

Nama lengkap

Beliau adalah Alim Faqih Musnid Syeikh Abdul aziz bin Syeikh Syafi`i bin Ahmad bin Muhammad al-Fathoni al-Asy`ari as-Syafi`i as-Syadzili.

Seorang ulam besar yang terkenal di semenanjung Malaysia dan tanah Fathoni.

Kelahiran dan pertumbuhannya

Syeikh kami dilahirkan pada tanggal empat belas Sya`ban tahun seribu tiga ratus enam puluh enam hijriyah, bertepatan tanggal tiga Juli tahun seribu sembilan ratus empat puluh tujuh Masehi, di kampung Kalisa Tanjung Emas Fathonai Thailand selatan, di kampung inilah beliau dibesarkan oleh ibu bapaknya, ayah beliau juga seorang ulama besar, paman beliau juga seorang yang alim dan wara`, dengan begitu beliau tumbuh besar dikalangan ahli ilmu membentuk beliau menjadi seorang pencinta ilmu.

Kejiwaan beliau dibentuk oleh ayah tercinta sehingga hal itu mendorong beliau untuk benar-benar belajar agama dari ayahnya dan ulama-ulama yang berada di Fathoni, beliau tumbuh membesar sebagaimana anak-anak diusianya, tetapi kecerdasaan dan kepntaran beliau nampak jelas dibandingkan dengan anak-anak pada masa itu.

Pendidikkannya

Ayah beliau tidak lupa untuk memasukkan anaknya dilembaga pendidikkan agama, dimulai dari maktab ta`lim al-Qur`an disini beliau belajar membaca al-Qur`an, belajar tajwid sehingga beliau pandai membaca al-Qur`an, kemudian beliau belajar di Ma`had Nahdhatu as-Sunnah di Fathoni.

Dima`had ini beliau belajar berbagai disiflin ilmu agama, dari mulai Nahu, sorof, fiqih, tauhid, tasawuf dan lain-lainnya, kegemaran beliau untuk menuntut ilmu agama semangkin berkobar-kobar, sehingga beliau inginkan langsung mengambil ilmu dari tempat sumbernya yaitu Makkah al-Mukarramah, keinginan ini merupakan cita-cita terbesar bagi beliau mengingat banyak pelajar-pelajar Fathoni yang telah berangkat ke Makkah untuk menuntut ilmu agama.

Keberangkatan ke Makkah

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Fathoni untuk menuntut ilmu agama ke Makkah Musyarrafah, dari mulai dari Syeikh Daud Fathoni sampai sekarang Makkah merupakan qiblat solat dan ilmu bagi orang-orang Fathoni, inilah yang membuat beliau sangat bersemangat untuk berangkat ke Makkah mengikut jejak ulama-ulama Fathoni yang terkenal di negeri Nusantara.

Pada tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Masehi ketika umur beliau belum lagi genap delapan belas tahun beliau telah tinggalkan tanah jawi negeri Fathoni menuju tanah suci Makkah yang berkah, setelah melaksanakan haji dan umrah diiringi dengan ziarah Nabi Muhammad s.a.w maka belia kembali ke Makkah untuk menetap diMakkah, kemudian beliau melanjutkan studynya di Madrasah as-Saulatiyah tingkat Thanawiyah, begitu tekun beliau belajar sehingga dapat menyelesai studynya dan kemudian melanjutkannya ke Madrasah Darul Ulum Makkah tingkat Aliyah, ketika itu mudir Madrasah adalah Muhaddis Musnid Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, tidak merasa puas dengan ilmu yang ada di madrasah maka beliau juga turut mengikuti pengajian ulama-ulama besar yang berada di Makkah, beliau melazimi Syeikh Sayyid Alawy bin Abbas bin Abdul Aziz al-Maliki, beliau juga turut dalam pengajian Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath al-Maliki al-Makki, Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani dan lain-lainnya, bertahun-tahun beliau menuntut ilmu agama, rasa hausnya terhadap ilmu menjadikan beliau masih juga menuntut ilmu sehingga beliau juga masih menuntut ilmu kepada anak Sayyid Alawy yaitu Muhaddis Syeikh Sayyid Muhammad bin Alawy bin Abbas al-Maliki, begitu tawdhuknya beliau masih menuntut ilmu dengan ulama-ulama walaupun sudah memiliki ilmu yang banyak.

Guru-gurunya beliau

· Syeikh Alawy bin Abbas al-Maliki

· Syeikh Muhammad Amin Kutubi

· Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath al-Maliki al-Makki

· Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa al-Fadani

· Syeikh Ismail bin Usman Zein al-Yamani

· Syeikh Abdullah bin Sa`id al-Lahji

· Syeikh `Awadh Manqusy az-Zabidi

· Syeikh Abdul Hamid al-Banjari

· Syeikh Abdul Karim al-Banjari

· Syeikh Abdul Fatah Husein Rawa

· Syeikh Zakaria bin Abdullah Bila

· Syeikh Husein Siraj

· Syeikh Muhammad Alawy al-Maliki, dan lain-lain.

Beliau mengambil zikir Syadziliyyah dari pamannya Zakaria bin Ahmad bin Muhammad al-Fathani.

Kembali ke tanah air

Pada tahun seribu empat ratus empat belas hijriyah bertepatan dengan tahun seribu sembilan ratus sembilan empat beliau kembali ke Fathoni, keudian beliau mendirikan pondok pengajian di Fathoni, kemudian beliau pindah ke Malaysia karena intimidasi dan tekanan pemerintahan Thailand yang kafir, dengan berat hati beliau meninggalkan negeri tercintanya.

Dakwah dan mengajar di Malaysia

Negeri Kelantan merupakan negeri yang beliau pilih utuk menetap dan mengajarkan ilmu agama, banyak pelajar-pelajar yang mengambil istifadah dan ilmu dari beliau, sehingga beliau menjadi tempat rujukkan dalam masalah agama, bahkan beliau juga mengajarkan ilmu agama ke Kuala Lumpur, di majlis pengajian Ba`lawy beliau menebarkan ilmunya, sehingga banyak para pelajar di Kuala Lumpur dan sekitarnya mengambil ilmu darinya.

Pertemuan penulis dan Syeikh Abdul Aziz

Pada tanggal dua puluh Rabi`ul Awal tahun seribu empat ratus tiga puluh hijriyah penuli - Muhammad Husni Ginting- bertemu dengan Syeikh Abdul Aziz bin Syafi`i al-Fathoni di Abbasiyah Cairo, saya membaca awal-awal hadis kutubus Sittah, dan beliau memberikan ijazah khusus dan ammah kepada penulis dan teman-teman yang hadir.

Setelah menghabiskan umurnya berpuluh tahun mengajar , berdakwah dan mendidik ummah, sehingga akhirnya beliau jatuh sakit dan menghembuskan nafas terakhir di rumah sakit HUSM Kubang Kerian Kelantan pada tanggal tujuh Jumadil Awal seribu empat ratus tiga puluh lima hijriyah bertepatan pada enam April dua ribu empat belas masehi.

Para ulama dan pelajar merasa sedih dengan kepergian seorang ulama yang sangat istiqamah, berita kewafatan beliau sampai ke beberapa negara, akhirnya beliau dikuburkan didepan rumahnya sesuai dengan wasiatnya, semoga Allah mencucurkan rahmat dan maghfirahnya kepada guru kita Syeikh Abdul Aziz bin Syafi`i Al-Fathoni.

1- Ghayatur Rusukh Fi Mu`jami Syuyukh: 184
2- Musni-musnid Asia Tenggara

Wallahualam

Monday, April 14, 2014

Kisah Benar Ustaz Haron Din Mimpi Bertemu Nabi

Terima Kasih kepada penyumbang Pusat Pengajian At Taalim Asya'irah - Kami amat mealu alukan lagi bantuan masyarakat !

 ALAHMDULILLAH
Terima kasih kepada penyumbang AL QURAN , KARPET , SEJADAH
KAMI MEMERLUKAN PA SYSTEM UNTUK SOLAT DAN PENGAJIAN SERTA KIPAS ANGIN
Kepada siapa muslimin muslimat yang bermurah hati kami amat amat mealu alukan sumbangan , wakaf , zakat dan lain lain untuk pusat pengajian At Taalim Asyairah Ayer Hitam Jerlun Kedah
 WAKIL WAKAF QURAN SERAH AL QURAN KEPADA PUSAT PENGAJIAN AT TAALIM ASYAIRAH - 11 APRIL 2014
WAKAF KARPET, SEJADAH UNTUK RUANG SOLAT DAN PENGAJIAN 

Thursday, April 10, 2014

Program cuti sekolah bulan Mei 2014 di At Ta'alim Asya'irah

Program cuti sekolah bulan 5.2014

Bermula 28 Mei 2014 hingga 12 Jun 2014
RM 200 sepanjang program sekali makan dan tempat tinggal serta pengajian

Peseta terbuka kepada pelajar 12 tahun keatas hingga spm dan stam.  Terbuka kepada muslimin muslimat .
Cuti sambil belajar pengajian kitab pondok .

" Melahirkan remaja generasi ulama yang kuat aqidah dan memperjuangkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah "

Pendaftaran hubungi 013 4044259 atau 013 2784899
Sebarkan kepada rakan rakan yang ada anak anak .


Saturday, April 5, 2014

Pengajian dan pengambilan sepanjang tahun ! - AT TAALIM ASYAIRAH

Pengajian sistem pondok - At Taalim Asyairah Ayer Hitam Kedah dibuka sepanjang tahun pengajian dan pendaftaran - sebarkan !

Pusat Pengajian At Taalim Asyairah .
Sistem pengajian pondok .

Terbuka kepada muslimin muslimat .
Pengajian dan pendaftaran sepanjang tahun .

ALAMAT :
LOT 2449 , KM 19 AYER HITAM , 06150 ALOR SETAR
KEDAH

Pusat pengajian At Taalim Asyairah diasas atas dasar taqwa kepada Allah .
Mengabungkan antara manhaj pondok dan manhaj habaib supaya dakwah lebih berkesan .
Pengajian sistem pondok membahas kitab muktabar kitab kitab thurath .

Tujuan At Taalim diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja supaya kembali kepad ALLAH dan RASUL .
Harapan At Taalim Asyairah agar pelajar yang keluar dari pusat pengajian ini dapat mempertahankan sistem pengajian pondok / thurath .

Perjuangan Ahli Sunnah mempertakankan sunnah Rasul diutamakan oleh At Taalim Asyairah .

Doakan agar At Taalim Asyairah dapat kekuatan dan kejayaan untuk memperjuangkan dakwah dan ilmu ahli sunnah dan mempertahankan sistem talaqi kitab muktabar alim ulama .

Program yang ditawarkan

1. Pengajian sepanjang masa untuk muslimin muslimat ( berulang alik ) - Tiada had umur
2. Pengajian sepanjang masa untuk muslimin muslimat (duduk menatap di Pusat pengajian ) - 12 tahun ke         atas
3. Pengajian jangka masa pendek didalam lingkungan seminggu hingga sebulan atau hingga tiga bulan
4. Pengajian musim cuti sekolah atau cuti semester

Pengajian diadakan sepanjang masa dan pendaftaran dibuka sepanjang masa .
Sebarang maklumat sila hubungi : Mudir 013 4044259

AT TAALIM ASYAIRAH MEMBENTUK REMAJA PERTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
DAN SISTEM PENGAJIAN THURATH



PUSAT PENGAJIAN AT TAALIM ASYAIRAH
BERALAMAT
LOT 2449 , KM 19 AYER HITAM , 06150 ALOR SETAR
KEDAH



AT TAALIM ASYAIRAH TELAH DIRASMIKAN OLEH ULAMA FATHONI PADA 29 MAC 2014  

RUMAH UNTUK MUSLIMAT 


PELUANG UNTUK MUSLIMAT MERASAI SISTEM PENGAJIAN PONDOK .DAFTAR SEGERA TEMPAT TERHAD
PENEMPATAN MUSLIMIN 


http://attaalimasyairah.blogspot.com/